ok la..kali ni ak nk share kelebihan amalan bulan rejab..share je yg mampu ak lakukan..insyaAllah ..same2 la kita lakukan dan mengambil kebaikan bulan rejab ini..
Tiada keraguan lagi bahwa bulan Rejab adalah bulan menanamkan tanaman, bulan Syakban bulan mengakhiri tanaman dan bulan Ramadhan adalah bulan untuk menuai hasil tanaman tersebut.
Perumpamaan bulan Rejab adalah seperti angin, bulan Syakban adalah seperti awan hitam yang mengandungi air hujan dan bulan Ramadhan pula seumpama air hujan. Telah berkata beberapa orang alim ulamak, bulan Rejab adalah bulan yang mengeluarkan daun-daunnya (ke empat-empat bulan yang mulia tersebut), Syakban pula adalah hari-hari tumbuhnya cabang-cabang pokok tersebut, Ramadhan adalah bulan di mana buah-buahan dan kelopaknya muncul. Orang-orang yang beriman seumpama kelopaknya kerana sesungguhnya dari barangapa yang penting adalah barangsiapa yang hitam buku catitan amalannya akibat dosa-dosa yang dilakukannya maka ia akan dibersihkanlalu bertukar warnanya menjadi putih dengan taubat yang dilakukan di dalam bulan ini. Barang siapa yang mempersia-siakan umurnya di dalam mengerjakan kebatilan maka hendaklah mengambil kesempatan dari baki umurnya dengan melakukan amalan-amalan salleh.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud bahawa Rejab adalah bulan Allah s.w.t adalah merupakan sandaran yang diberikan untuk menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan itu. Makna dari sandaran ini adalah ianya merupakan isyarat atau petunjuk bahawa pengharaman tersebut adalah dilakukan oleh Allah s.w.t. Maka tidak ada seorang pun yang boleh menukarkannya sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahilliyah di mana mereka menghalalkan satu tahun dan mengharamkannya di dalam tahun yang berikutnya seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.
Syakban adalah bulanku, demikian pula sabda Rasulullah s.a.w lantaran baginda s.a.w tidak pernah berpuasa sebulan penuh selain dari bulan Ramadhan melainkan bulan Syakban di mana Baginda s.a.w berpuasa di dalam bulan Syakban sepenuhnya kemudianmeneruskannya di dalam bulan Ramadhan selepasnya.
Aisyah r.anha berkata: "Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w di mana Baginda s.a.w akan berpuasa di dalamnya adalah bulan Syakban kemudiannya meneruskannya di dalam bulan Ramadhan."
Disebabkan demikian Rasulullah menyandarkan bulan Syakban itu kepada dirinya sendiri. Bulan Syakban adalah di antara bulan rejab dan bulkan Ramadhan. Rejab adalah bulan Allah, Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Maka amatlah bersesuaian bahawa bulan Syakban adalah bulan Rasulullah s.a.w lantaran Muhammad s.a.w adah perantaraan di antara Allah s.w.t dan hamba-hambanya (umat Muhammad s.a.w) sebagaimana bulan Syakban adalah perantaraan di antara Rejab dan Ramadhan.
Allah telah berfirman ; " Maka bertanya kepadamu tentang peperangan di dalam bulan haram. Katakanlah; berperang di dalam bulan itu adalah dosa besar tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) ke dalam Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) dari membunuh." - Al-Baqarah 217-
Sebab turunnya ayat ini adalah sebagaimana yang telah diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w telah mengutus sekumpulan lelaki dan dilantik Abdullah bin Jash r.a anak kepada ibubapa saudara baginda s.a.w sebagai amir dan beliau merupakan seorang sahabat yang masyur. Mereka telah berjumpa Amru bin Abdullah Al-Hadhrami lalu membunuhnya. Amru adalah dari golongan Musyrikin. Tidaklah mereka mengetahui bahawa pada waktu itu adalah bulan Rejab dan Jamadi. Maka orang Musyrikin telah berkata kepada orang Islam; kamu telah melakukan pembunuhan di dalam bulan haram. Maka Allah s.w.t telah mewahyukan ayat ini.
Maksud bulan haram di dalam ayat tersebut dan sebagaimana yang dinukilakan oleh Al-Baqhowi adalah bulan Rejab. Firman Allah; maksudnya: " Berperang di dalam bulan itu adalah dosa besar." Iaitu berperang di dalam bulan tersebut akan mengakibatkan si pelakunya menanggung dosa besar. Kemudian firman Allah s.w.t; maksudnya :" Maksudnya adalah pengusiran orang-orang beriman dari masjid. Maksud lafaz Akhbar adalah dosa yang dilakukan di dalam bulan adalah besar."
Firman Allah s.w.t; maksudnya: "berbuat fitnah itu lebih besar(dosanya) dari membunuh." Iaitu pembunuhan Ibnu Al-Hadhrami bin Unais r.a di dalam bulan yang haram. Apabila turun ayat ini Abdullah bin unais r.a telah menulis sepucuk surat kepada orang-orang yang beriman di Mekah dengan kata-katanya; jika pihak musyrikin mengancam kamu dengan peperangan maka ancamilah mereka dengan gelaran kekafiran.
SekadarRenungan...
Source:http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Rejab.html
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
sekian..terima kasih..